Selasa, 28 Oktober 2014

Kisah ku

Kisah ku dengan N masih belum habis disitu sebenarnya. Dalam diam aku memang meminati N. Tapi tak pernah luahkan padanya. Aku malu kerana aku lihat perbezaan kami yang amat ketara. Tiap kali Mak N masuk mengajar Add Math mesti aku rasa takut. Aku rasa macam Mak dia tahu aku suka anak dia. Dah lah aku duduk depan sekali.Tapi kata orang kita kena berpijak di bumi nyata. Aku dengan pakaian yang lusuh. Makan kat kantin pun kadang tak pergi. Duduk library baca buku. Nak banding dia yang datang sekolah pun naik kereta. Saban hari aku lebih dapat menerima keadaan aku seadanya. Aku dengan N terus berenggang setelah kawan baik aku sendiri menfitnah aku kata aku memnggunakan minyak guna2 kat N. Aku yang tidak tahu menahu terus dihukum. Bukan oleh N sahaja. Malah seisi kelas memandang ku dengan jelek. Apa yang mampu aku buat. aku tak terdaya nak balas semua asakan kata2 manusia. Cuma waktu aku Cuci darah aku hanya menangis. Kadang ada juga Staff Nurse yang prihatin bertanya kenapa aku menangis. Tapi aku ni jenis suka memendam. Jadi tak de lah siapa pun yang tahu. Yang tahu hanya aku dan Penciptaku.. Dia yang Maha Mengetahui apa yang ku rasa. Aku study sorang2 selalunya kat Library. Hingga Mak Cik kerani Library tu pun dah anggap aku macam anak dia sendiri. Baiknya hati Mak Cik kerani tu. KekAdang boleh bagi aku makanan yang dia bawa. Lagi satu, aku nak pergi cuci darah. Aku kena cuci darah jauh. Bukan dekat. makan masa sejam perjalanan.Budak sekolah macam aku ni. Mana ada duit nak naik bas. Apatah lagi aku dah tak kerja sambilan. Mak pula kat rumah hanya harap duit ehsan orang kampung upah mak ajar anak diorang mengaji Al-Quran. Tapi itulah suratan. Kata orang Allah tak kan bebani hambanya dengan ujian yang tidak mampu kita bawa. Mungkin dah rezeki aku. Ada seorang pesakit yang bekerja kat Pejabat Daerah. Abg tu pula sama sessi rawatan dengan aku. Jadi tiap kali dia hendak pergi rawatan cuci darah. Aku akan menumpangnya. Balik juga begitu. Dia akan hantar aku samapai depan pagar sekolah. Pak cik Guard memang tahu yang aku sakit. Jadi tidak banyak lah karenah. Kadang abg tu ada juga bertanya, kenapa aku tidak berhenti jE dari sekolah. Memang aku perasan pesakit buah pinggang yang muda2 yang kena sewaktu msih bersekolah mesti ambik jalan mudah untuk berhenti dari ekolah. Tapi aku tak nak. Aku tetap berkeras ingin meneruskan persekolahan. Tekad aku biarlah berhenti pun sekurang kurangnya ada sijil SPM..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan