Semasa zaman sekolah dahulu, korang ada bercinta tak? Percintaan di zaman sekolah, terutamanya sekolah menengah digelar cinta monyet. Yelah sebab bulu semua baru nak tumbuh dan hanya tahu hendak mengawan seperti monyet. Jika dibandingkan zaman percintaan kita semasa sekolah dengan sekarang, banyak sekali perbezaannya.
1) Zaman sekolah tiada telefon bimbit. So kena guna telefon rumah untuk bergayut. Tapi call rumah agak bahaya takut mak dia angkat. So dengan hati yang berdebar-debar kita pun mendail la no rumah dia. Kalau mak/abah/atuk/opah dia angkat, cepat-cepat letak telefon. Kalau deringan lebih daripada 3x tiada orang angkat, cepat-cepat letak telefon juga. Kadang-kadang nak cover boleh buat-buat salah nombor tapi selalunya gagal sebab terlalu cemas. Bergayut menggunakan telefon rumah ada risiko juga. Adik kita selalu curi dengar perbualan kasih sayang yang selalunya bertukar kepada perbualan seksual dengan mengangkat telefon di ruang tamu. Selalunya kita boleh dengar bunyi bergema kalau ada orang angkat telefon semasa kita sedang berbicara.Kalau nak lebih privacy, kita boleh mencari public phone di malam hari. Gigih tu tukar syiling dengan rakan-rakan agar dapat mendail nombor kekasih. Tetapi selepas peristiwa zack diganggu makhluk halus di pondok telefon rumahnya, tiada siapa lagi yang berani keluar malam. Terus demam zack sehingga terpaksa berubat (ini kisah benar).
2) Di zaman sekolah, hati kita masih muda dan mentah. Senang gila cemburu buta. Nak ambil gambar dengan gadis lain pun tak boleh. Mula-mula awek kita tak tahu pun kita bergambar dengan gadis lain. Ala biasalah bergambar kenangan ketika tamat berkursus, tak bersentuhan kulit dan pipi pun. Lepas tu kawan dia report pulak. Langsung kena silent treatment selama satu minggu. Susah gila nak pujuk. Tapi dia bergambar dengan jejaka lain boleh pulak. Memang ba ya ta cha ha.
3) Zaman sekolah tiada wang. Mana ada duit nak beli hadiah mahal-mahal. So hadiah harijadi sekadar beri kad buatan tangan. Bajet-bajet romantik ah tu. Gigih gila gunting huruf-huruf di surat khabar dan majalah. Lepas tu gam kat kertas manila membentuk ayat-ayat memualkan jika orang kebanyakan baca seperti 'Ayob & Fatin Forever' ataupun 'ApaiLuvMizah' (sekadar contoh, tiada kaitan dengan sesiapa.
4) Nak berdating pun susah. Lesen tiada, apatah lagi hendak berkenderaan. So jika berpeluang dating tempat yang paling umum dan convenient ialah The Mines. Naiklah kau bas tu pakai seluar sekolah kaki bawah 20" tempah kat Zero One. Lepas tu makan kat McD, cari peluang untuk ringan-ringan kemudian pulang. Kalau siapa yang advanced sikit tu adalah yang dating di Midvalley. Selalunya keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan sebab mak tak kasi keluar berdua-duaan dengan lelaki. Leceh gila nak seluk sana sini terseluk kawan dia pulak.
5) Percintaan di sekolah, kesudahannya either kau kahwin terus ataupun hati kau diremukkan dengan teruk. Yelah cinta pertama kan, segala-galanya manis. Kentut dia pun kita bau strawberi. Tapi bila saat perpisahan berlaku, kau seolah-olah tidak mahu hidup lagi. Kau anggap tiada gadis lain yang dapat mengisi kekosongan di hati. Tetapi buat adik-adik di luar sana yang terfikir hendak terjun dari menara Maybank akibat putus cinta, lupakanlah niat adik itu. Adik pasti akan bertemu gadis yang jauh lebih cantik dan lebih kurus daripada gadis sekolah anda.
Ada je BFF aku yang bercinta sejak zaman sekolah dan terus berkahwin kerana tiada pilihan yang lebih baik. Hee hee. Adam & Shikin, Zack & Miza. Lain2 belum dapat kabar lg kot.
Jumaat, 31 Oktober 2014
Gaya percintaan zaman persekolahan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan