Jumaat, 31 Oktober 2014

Nadi ku …

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Segala puji hanya untuk Mu, Cinta pertamaku, Pemilik segala isi dunia dan akhirat, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat Imam seluruh umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, sujud syukurku buat Mu atas nikmat Iman, Islam & Ihsan ini. Juga atas keizinan untuk hamba ini bertinta lagi. Maafkan ana kepada para pembaca yang mungkin tertunggu artikel terbaru, moga coretan kali ini memberi manfaat buat yang membacanya. ameen~

Tadi, ketika sedang menyiapkan niqob yang ditempah, hati tiba-tiba jadi sebak tatkala mendengar bait-bait lirik lagu ini.

Kau begitu sempurna
Dimataku Kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujiMu
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan diriMu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintaMu
Janganlah Kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamaMu ku akan bisa
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, Kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Lagu ini cukup famous dan seringkali diputarkan distesen-stesen radio. Jika ada yang tujukan lagu ini buat kekasih hati yang tidak halal buatnya, yang merasakan kekasihnya itu mampu sempurnakan hidup dan dirinya. Nasihatku, berubahlah dan carilah cinta yang lebih sempurna.

Hati termuhasabah sendiri tatkala bait-bait lirik ini dialunkan, “benar…tak mampu untuk aku bayangkan hidup ini tanpa cinta dan redha dari Mu, wahai Tuhan sekelian alam…”
Lalu ku putarkan memori dan perjalanan tiap langkah pengembaraan ku dibumiNya. Seringkali ku dihujani dengan pelbagai persoalan, bagaimana ku mampu untuk lakukan semua ini yang jarang sekali orang lain mampu. Maka, ini adalah jawapanku…

Ketika badan begitu kepenatan dengan komitmen sebagai pelajar, usahawan yang menguruskan Bidadari Collection, jawatan dan amanah yang ku pegang serta program-program yang memerlukan ku, pasti jadual hidupku begitu padat dengan pelbagai aktiviti sehari-hari.

Adik usrah ku pernah bertanya, “masa bila akak menjahit ye?”.

Ku tersenyum dan berkata, “ada la masanya, jangan risau…hehe…”.

Sebenarnya, ku juga insan seperti kalian. Diberi masa 24 jam dalam sehari, 7 hari dalam seminggu dan tidak pernah lebih atau kurang dari itu. Yang membezakan ‘waktu’ kita adalah hati.

“Hati adalah khalifah anggota badan. Baiklah hati, maka baiklah ‘arahannya’.”

Lantas ku kaji lembaran sirah manusia agung, Nabi Muhammad s.a.w. dan generasi unik al-Quran iaitu para sahabat. Hidup mereka tiap detik dan saat begitu sibuk dengan pelbagai urusan tetapi ibadat mereka melebihi urusan kerja mereka. 

Semuanya bermula pada hati, dan hati berkait rapat dengan Iman. Kerna mereka tahu jawapan akan tiga persoalan ini, maka mereka berusaha beribadat seolah-olah mahu mati pada keesokan hari dan mahu hidup untuk 1000 tahun lagi.

Dari mana kita datang…?
Ke mana kita akan pergi…?
Untuk apa kita dihidupkan…?

Lalu mereka semua meletakkan Allah s.w.t. dihadapan dan melebihi segala-galanya yang ada di dunia ini. Kerna cinta mereka yang begitu tinggi kepada Allah s.w.t. dan RasulNya, Nabi Muhammad s.a.w…

Mereka sanggup lakukan apa sahaja. Inilah jiwa yang sudah ‘dibeli’ oleh Allah s..w.t.

Dan walaupun orang lain lihat diri ini sudah lakukan banyak benda untuk ummah, hati ini tetap merasakan ianya tetap sekecil kuman jika dibandingkan dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat yang mana tidak pernah satu saat pun mereka biarkan masa itu berlalu tanpa berjihad kepada Allah s.w.t.

Dan hamba ini tidak mampu, tidak mampu sama sekali untuk lakukan semua ini sekiranya Allah s.w.t. tidak hadir dalam hatiku dalam segenap perkara yang dilakukan.

“Tanpa cintaNya,tanpa belas kasihanNya,tanpa pertolonganNya,tanpa rahmat dan redhaNya,Aku tidak mampu untuk melangkah kehadapan dengan penuh yakin,tidak mampu untuk menulis dengan baik,tidak mampu untuk menjahit dengan kemas,tidak mampu handle program dengan teratur,dan hidupku juga akan jadi sunyi sepi tanpa Allah s.w.t..

”Maka, ku katakan pada hatiku…“Nadi perjuanganku adalah Allah s.w.t….

”wallahua’lam…--

ღ♡ღ♡ღ♡ღ♡ღ♡ღ♡ღ♡ღ

Mutiara kata:

"Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib & gaya hidupnya..."Berfirman Allah s.w.t. Yang bermaksud:"Wahai anak adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira"

"Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi dia masih mengumpulkan harta"

"Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur, tetapi masih tertawa"

"Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi dia masih beristirehat"

"Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia & kemusnahannya, tetapi dia masih tenang dengannya"

"Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil dengan hatinya"

"Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci"

"Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap diri sendiri"

Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan, akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masik jinak bersama manusia.

Ketahuilah, tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku....

Suratan & kebetulan

Halim berlari pantas. Kemain kecik lagi langkahnya. Kerja gilalah sekiranya dia berlari dengan langkah besar dalam keadaan ini. Dibuatnya terlepas kat tengah jalan, tak ke naya? Mungkin gemuruh sangat dan berdebor sebab nak present menjadikan perut Halim bergolak lain macam.Harap haraplah sempat Halim settlekan urusan perut dulu. Iyalah, kalau urusan perut sendiri pon tak boleh nak setel, camne dia nak uruskan masalah yang lagi besar macam green building index, circulation dan entah macam macam lagi yang Tuan Daud nak tanya dalam presentation kejap lagi, iye dak?Fuhhhh.. sempat juga Halim sampai ke toilet. Dalam toilet itu cuma ada tiga kubikel. Halim memilih kubikel yang tengah, kerana yang kiri dan kanan telah dihuni orang. Agak kurang manis kiranya dia masuk ke kubikel yang telah dihuni, fikir hati kecil Halim.Punyalah kelam kabut sampai rokok pon dia tak sempat nak nyalakan. Halim pun memulakan apa yang dia perlu mulakan (if u know what i mean). Fuuuuuuu... lega. Belum sempat Halim selesai, dia terdengar bunyi pintu dibuka. "Alahai,janganlah sekarang" fikir Halim. "Halim.. woi, Halim.. cepat.. dah turn ko pulak ni.." terdengar suara dari luar. Halim nak menjawab, tapi bila teringat pesan ibunya yang berkata kurang manis bercakap masa tengah berak, diputuskan hajatnya untuk menjawab. Halim diam membatu sambil mencangkung meneruskan hajatnya."Woi.. Halim. Ko ada kat dalam ke tak ni? Jawablah.." suara itu menyambung. Halim mula rasa serba salah. Tapi pesanan dari ibunya, bukan senang senang nak Halim abaikan. "WOIIIIIIII.... HALIMMM.. JAWAABLAHHHH.. "tegas suara tu lagi. Hati Halim berbelah bahagi. Suara kat luar dah mula dengar macam annoying. Setelah dua tiga kali berfikir, Halim mengambil keputusan. Dia akan menjawab. "WOIIIIII.. HALIM.CEPATLAHHHH.. KANG TUAN DAUD NGAMOK KANG. KANG DIA FAILKAN KO BARU KO TAU..""Kejap.. sekejap.." ujar Halim dan dua suara lain serentak. Halim tercengang. Aik, ada dua suara lain juga menjawab panggilan tadi. Suara dari kubikel kanan dan juga kirinya. Kemudian Halim tersenyum sendirian.Kecik betul dunia kan? Dalam toilet yang cuma ada 3 kubikel, semua kubikel tu dihuni oleh 3 orang yang semuanya bernama Halim. Serentak. Memang sungguh kebetulan. Dan yang lebih hebat punya kebetulan, ketiga tiga Halim pon ada presentation jugak hari ni. Kebetulannya. Dan yang paling maha kebetulan adalah kebetulan yang terakhir. Ketiga tiga Halim yang berada dalam kubikel tu kena present pada lecturer yang bernama Tuan Daud..Ada 3 orang Halim.. dalam 3 kubikel.. semuanya nak kena present.. dan nama lecturer mereka adalah Tuan Daud.. Ini betul punya kebetulan gila babi ni. Fikir Halim."WOIII..ada ke ni?"sahut suara dari luar itu lagi. Senyap kejap."WOIIII..." suara itu meninggi semula.."WOIIII..lu kat kubikel mana?" sahut suara itu meninggi semula.."WOI,LU CAKAP DENGAN TUAN DAUD TU,GUA NAK BERAK..KALO DIA SANGGUP TUNGGU, DIA TUNGGULAH. APA??DIA INGAT DIA HEBAT SANGAT KE? TAKKAN GUA NAK HADAP DIA DENGAN BONTOT BERLUMUR TAIK? GUNALAH OTAK SKET. KALO DIA NAK BAGI GUA FAIL SEKALIPON,GUA PEDULIK APA??. LU BOLEH CAKAP KAT DIA PEGI JAHANAM DENGAN GRED GUA.. GUA CUMA NAK BERAK DENGAN TENANG.. PAHAMMMM??? LU CAKAP KAT DIA GUA KATA MACAM TU.. PERGIII.. BERAMBUSSS..." jawab suara dari kubikel paling kiri. Nampak marah benor gayanya.Halim pun risau tengok orang amuk macam ni. Dibuatnya angin brader kiri ni tak elok,kang ada jugak dia mengamuk dalam toilet. Halim mendengar bunyi pintu ditutup dan suara dari luar tu terus senyap. Dah belah agaknya mamat kat luar tu. Halim bersegera melunaskan urusannya dan berharap dapat keluar dari tandas tu dengan segera. Setelah selesai, Halim bergerak ke sinki untuk mencuci tangan.Sedang Halim mencuci tangan, pintu kubikel kiri terbuka dan sorang mamat muka ganas keluar. Halim pandang mamat tu."Hai.. kebetulan sungguh kan? nama awak Halim, dan nama saya pon Halim" tegur Halim sambil tersenyum mesra .Dia mahu beramah mesra dengan brader tu. Brader muka ganas pandang Halim sambil matanya menyorot ganas. Halim teguk air liur tanda kecut melihat brader ganas tu. Tapi tiba tiba brader tu senyum."Nama gua bukan Halim. Tapi gua saje pedajal budak Halim tu. biar dia merana. member dia annoying gila. Gua nak berak pon tak senang rasa. Mesti sem depan dia kena repeat paper pasal kurang hajar dengan lecturer dia kan? Kah Kah Kah.. biar dia mampus.. KAH KAH KAH" brader muka ganas menjawab sambil meninggalkan Halim berdiri depan sinki.Muka Halim otomatik berubah. Dari muka tersenyum kepada muka risau. Senyumnya tadi pudar. Yang disangkakan kebetulan tu rupanya salah. Jahat betul brader tu sampai sanggup buat orang lain extend, fikirnya. Halim melangkah perlahan menuju ke pintu keluar toilet. Sejurus sebelum melangkah keluar toilet, Halim bersuara."Wahai Halim di kubikel paling kiri, awak sabarlah ya.. mungkin ada hikmah awak kena extend lagi satu semester.. mungkin ini yang terbaik untuk awak. Kesian awak. Moga tuhan je balaskan apa yang brader tu buat pada awak. Jahat betul dia tu. Awak sabarlah ya" ujar Halim sebelum dia melangkah keluar dengan pantas. Rasa kasihan Halim disampaikan melalui ungkapan itu. Amir yang sedang menghuni kubikel paling kiri sedang berkira kira nak rasa kesian atau nak lempang si Halim..

Gaya percintaan zaman persekolahan

Semasa zaman sekolah dahulu, korang ada bercinta tak? Percintaan di zaman sekolah, terutamanya sekolah menengah digelar cinta monyet. Yelah sebab bulu semua baru nak tumbuh dan hanya tahu hendak mengawan seperti monyet. Jika dibandingkan zaman percintaan kita semasa sekolah dengan sekarang, banyak sekali perbezaannya.
1) Zaman sekolah tiada telefon bimbit. So kena guna telefon rumah untuk bergayut. Tapi call rumah agak bahaya takut mak dia angkat. So dengan hati yang berdebar-debar kita pun mendail la no rumah dia. Kalau mak/abah/atuk/opah dia angkat, cepat-cepat letak telefon. Kalau deringan lebih daripada 3x tiada orang angkat, cepat-cepat letak telefon juga. Kadang-kadang nak cover boleh buat-buat salah nombor tapi selalunya gagal sebab terlalu cemas. Bergayut menggunakan telefon rumah ada risiko juga. Adik kita selalu curi dengar perbualan kasih sayang yang selalunya bertukar kepada perbualan seksual dengan mengangkat telefon di ruang tamu. Selalunya kita boleh dengar bunyi bergema kalau ada orang angkat telefon semasa kita sedang berbicara.Kalau nak lebih privacy, kita boleh mencari public phone di malam hari. Gigih tu tukar syiling dengan rakan-rakan agar dapat mendail nombor kekasih. Tetapi selepas peristiwa zack diganggu makhluk halus di pondok telefon rumahnya, tiada siapa lagi yang berani keluar malam. Terus demam zack sehingga terpaksa berubat (ini kisah benar).
2) Di zaman sekolah, hati kita masih muda dan mentah. Senang gila cemburu buta. Nak ambil gambar dengan gadis lain pun tak boleh. Mula-mula awek kita tak tahu pun kita bergambar dengan gadis lain. Ala biasalah bergambar kenangan ketika tamat berkursus, tak bersentuhan kulit dan pipi pun. Lepas tu kawan dia report pulak. Langsung kena silent treatment selama satu minggu. Susah gila nak pujuk. Tapi dia bergambar dengan jejaka lain boleh pulak. Memang ba ya ta cha ha.
3) Zaman sekolah tiada wang. Mana ada duit nak beli hadiah mahal-mahal. So hadiah harijadi sekadar beri kad buatan tangan. Bajet-bajet romantik ah tu. Gigih gila gunting huruf-huruf di surat khabar dan majalah. Lepas tu gam kat kertas manila membentuk ayat-ayat memualkan jika orang kebanyakan baca seperti 'Ayob & Fatin Forever' ataupun 'ApaiLuvMizah' (sekadar contoh, tiada kaitan dengan sesiapa.
4) Nak berdating pun susah. Lesen tiada, apatah lagi hendak berkenderaan. So jika berpeluang dating tempat yang paling umum dan convenient ialah The Mines. Naiklah kau bas tu pakai seluar sekolah kaki bawah 20" tempah kat Zero One. Lepas tu makan kat McD, cari peluang untuk ringan-ringan kemudian pulang. Kalau siapa yang advanced sikit tu adalah yang dating di Midvalley. Selalunya keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan sebab mak tak kasi keluar berdua-duaan dengan lelaki. Leceh gila nak seluk sana sini terseluk kawan dia pulak. 
5) Percintaan di sekolah, kesudahannya either kau kahwin terus ataupun hati kau diremukkan dengan teruk. Yelah cinta pertama kan, segala-galanya manis. Kentut dia pun kita bau strawberi. Tapi bila saat perpisahan berlaku, kau seolah-olah tidak mahu hidup lagi. Kau anggap tiada gadis lain yang dapat mengisi kekosongan di hati. Tetapi buat adik-adik di luar sana yang terfikir hendak terjun dari menara Maybank akibat putus cinta, lupakanlah niat adik itu. Adik pasti akan bertemu gadis yang jauh lebih cantik dan lebih kurus daripada gadis sekolah anda.
Ada je BFF aku yang bercinta sejak zaman sekolah dan terus berkahwin kerana tiada pilihan yang lebih baik. Hee hee. Adam & Shikin, Zack & Miza. Lain2 belum dapat kabar lg kot.

Cinta zaman sekolah

Aku tdak pernah percayakan cinta zaman persekolahan…kerana aku beranggapan yang ianya hanya sekadar cinta monyet.. yang hanya untuk suka2..atau hanya untuk testing market saja.. x kan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin (kalau ada baguslah..)..Bukan sebab aku jeles…kerana tidak dapat merasakan cinta itu.. tetapi aku merasakan..aku akan mengecewakan harapan kedua ibu bapa aku…ini kerana ibu dan ayah aku menghantar aku pergi ke sekolah adalah untuk belajar..bukan untuk bercinta…tambahan pula, duit belanja pun ibu bapa yang beri..seluar dalam pun ibu bapa yang sediakan…inikan pula nak belanja awek makan… malunya!! Ini lah fenomena yang aku selalu perhatikan jika aku berjalan2 di klcc, midvalley dan sebgainya…akan dapat diperhatikan adik-adik remaja kita yang masih bersekolah..berkepit, berpegangan tangan… adoyai… kadang2 terasa kesian pula pada mereka ini… pelajaran ke mana.. cinta pun kemana…

Aku teman mu & kau sahabat ku

"sesungguhnya seorng muslim itu, apabila dia menjalankan da'wah, dia tdk berjalan dngan hatinya sahaja. bahkan dbawa bersama hati saudaranya. justeru, setiap pahala yang di dapati sepanjang perjalananya pasti akn terbias buat saudara seperjuangannya" -sheikh mustafa masyur

Kenangan terindah

Pahit manis, suka duka.. adalah rencah kehidupan insan di dunia. Segalanya akan menjadi KENANGAN yang TERINDAH buat diriku dan insan-insan tersayang dalam menempuh kehidupan ini...

Selasa, 28 Oktober 2014

Cinta tak terbalas

ada seorang lelaki sederhana yang mencintai seorang perempuan cantik, setiap hari lelaki ini selalu memperhatikan sang wanita sekedar untuk mengobati rasa rindu dan kangen yang melanda lelaki itu setiap hari. Hari berganti benjadi bulan, bulan berganti menjadi tahun lelaki ini terus mencintai wanita ini. hingga suatu waktu lelaki ini mengungkapkan isi hatinya kepada wanita itu, tetapi apa tanggapan sang wanita kepada lelaki yang selama ini sangat mencintainya. wanita itu malah menghina si lelaki dengan sangat kasar, bahkan wanita ini terus mencaci lelaki itu. namun, sang lelaki hanya diam. tak terasa 2 tahun berlalu setelah kejadian itu si wanita telah menikah dengan pria idamannya. dan akhirnya suatu peristiwa buruk terjadi, suami dari wanita itu mengalami kecelakaan dan terluka sangat parah. mendengar suaminya terluka parah wanita itu menjadi histeris dan tidak percaya apa dengan apa yang menimpa pada hidupnya. dilain pihak seorang lelaki yang sedari dulu mencinta wanita itu tidak tega melihatnya bersedih dan akhirnya lelaki ini mengambil keputusan yang akan mengubah dunia wanita itu selamanya. dirumah sakit tempat suami wanita itu dirawat, dokter memberikan kabar gembira pada istrinya bahwa suaminya telah selamat dari masa kritisnya karna ada seorang donor yang memberikan hati, jantung dan mata untuk suaminya. alangkah bahagianya wanita ini tetapi dia tidak tahu siapa yang telah mendonorkan berbagai organ untuk suaminya, saat dia bertanya pada dokter yang mengoperasi suaminya, dokter itu hanya memberikan sebuah surat. wanita itu lalu membaca surat itu"aku tau kau tidak mencintaiku, aku tau kau tak'n pernah mencintaiku karna keadaanku yang tak sempurna tapi apakah kau tak tau betapa sempurnanya cintaku padamu. cintaku memang kecil seperti kuku-kuku cantik yang tumbuh indah di lentiknya jari-jemarimu, namun walau cintaku ini terus kau potong, kau rusak bahkan kau cabut cintaku ini akan terus tumbuh dan kembali seperti semula.aku tau kau tak menginginkanmu dan aku salah karna telah mencintaimu tapi hati ini tak pernah bisa tuk melupakanmu. aku tau kau tak pernah menrima hadiah yang kuberikan padamu tapi kali ini aku kan memberimu hadiah sebagai bukti tanda cintaku padamu. kuberikan mata ini pada suamimu agar aku selalu melihatmu setiap hari tanpa bersembunyi lagikuberikan jantung ini pada suamimu agar dapat terus berdegup kencang saat berada didekatmu dankuberikan hati ini pada suamimu agar aku dapat selalu mencintaimu walau aku telah tiada. "

Kisah ku

Kisah ku dengan N masih belum habis disitu sebenarnya. Dalam diam aku memang meminati N. Tapi tak pernah luahkan padanya. Aku malu kerana aku lihat perbezaan kami yang amat ketara. Tiap kali Mak N masuk mengajar Add Math mesti aku rasa takut. Aku rasa macam Mak dia tahu aku suka anak dia. Dah lah aku duduk depan sekali.Tapi kata orang kita kena berpijak di bumi nyata. Aku dengan pakaian yang lusuh. Makan kat kantin pun kadang tak pergi. Duduk library baca buku. Nak banding dia yang datang sekolah pun naik kereta. Saban hari aku lebih dapat menerima keadaan aku seadanya. Aku dengan N terus berenggang setelah kawan baik aku sendiri menfitnah aku kata aku memnggunakan minyak guna2 kat N. Aku yang tidak tahu menahu terus dihukum. Bukan oleh N sahaja. Malah seisi kelas memandang ku dengan jelek. Apa yang mampu aku buat. aku tak terdaya nak balas semua asakan kata2 manusia. Cuma waktu aku Cuci darah aku hanya menangis. Kadang ada juga Staff Nurse yang prihatin bertanya kenapa aku menangis. Tapi aku ni jenis suka memendam. Jadi tak de lah siapa pun yang tahu. Yang tahu hanya aku dan Penciptaku.. Dia yang Maha Mengetahui apa yang ku rasa. Aku study sorang2 selalunya kat Library. Hingga Mak Cik kerani Library tu pun dah anggap aku macam anak dia sendiri. Baiknya hati Mak Cik kerani tu. KekAdang boleh bagi aku makanan yang dia bawa. Lagi satu, aku nak pergi cuci darah. Aku kena cuci darah jauh. Bukan dekat. makan masa sejam perjalanan.Budak sekolah macam aku ni. Mana ada duit nak naik bas. Apatah lagi aku dah tak kerja sambilan. Mak pula kat rumah hanya harap duit ehsan orang kampung upah mak ajar anak diorang mengaji Al-Quran. Tapi itulah suratan. Kata orang Allah tak kan bebani hambanya dengan ujian yang tidak mampu kita bawa. Mungkin dah rezeki aku. Ada seorang pesakit yang bekerja kat Pejabat Daerah. Abg tu pula sama sessi rawatan dengan aku. Jadi tiap kali dia hendak pergi rawatan cuci darah. Aku akan menumpangnya. Balik juga begitu. Dia akan hantar aku samapai depan pagar sekolah. Pak cik Guard memang tahu yang aku sakit. Jadi tidak banyak lah karenah. Kadang abg tu ada juga bertanya, kenapa aku tidak berhenti jE dari sekolah. Memang aku perasan pesakit buah pinggang yang muda2 yang kena sewaktu msih bersekolah mesti ambik jalan mudah untuk berhenti dari ekolah. Tapi aku tak nak. Aku tetap berkeras ingin meneruskan persekolahan. Tekad aku biarlah berhenti pun sekurang kurangnya ada sijil SPM..

"AssAlAmuAlAikum"

Jika kamu gagal mendapatkan sesuatu, hanya satu hal yang harus kamu lakukan, coba lagi!!!!*Menangis mengingati Allah itu sunnah..

Menangis menyesali dosa-dosa itu Kafarah..
Menangislah untuk melembutkan hati..
Menangislah untuk menghidupkan jiwa yang mati..