Bismillah...
Salam pembuka bicara kepada semua pembaca blog. Sesungguhnya aku ini tiada daya dan upaya untuk melakukan apa-apa tanpa kehendak dan kemahuan kecuali dengan izin-Nya. Sesungguhnya apa yang terpancar di depan mata zahir ini hanya sekelumit ilmu yang telah Allah curahkan kepada hamba-Nya sebagai tanda penyaksian kebesaran Tuhan yang Maha Esa.
Segala dugaan yang Kau zahirkan di atas dunia ini menandakan betapa Maha Kuasa sahaja yang berhak untuk disembah dan dipuji. Tiada mahkluk walau sebesar mana pun layak untuk menerima pujian. Sesungguhnya aku bersyukur di atas segala nikmat yang tidak terkira banyaknya dianugerahkan kepada diriku, hamba-Mu ini begitu kerdil, malahan tidak wujud disisi-Mu. Ada Kamu, ada-lah dunia ini.
Sesungguhnya sekelumit pancaran cahaya dari-Mu sudah memberi seribu rahmat kepada seluruh alam. Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Agung. Ku berserah kepada-Mu agar diri ini, dan semua sekalian hamba di dunia terus menerus menerima rahmat dan rahim dari-Mu. Sesungguhnya sejuta penyesalan jika tidak mengenali diri-Mu, sejuta kerugian jika tidak mengenali-Mu, sejuta tangisan jika tidak mengenali-Mu.
Kalimah-Mu yang teragung sebagai saksi kebesaran, sebagai tanda penzahiran kepada semua makhluk di dunia ini. Laailaahaillallaah, Muhammudarasulullah.
Di dalam dunia ini, Tuhan memberi pelbagai tanda-tanda kepada kita agar kita tidak tergelincir daripada landasan sebenar. Namun, sebagai hamba-Nya, kita hanya mampu melihat sedikit tanda kerana kita tidak memandangnya dengan mata hati yang sangat jelas. Mata hati perlulah dibersihkan terlebih dahulu bagi memastikan kita dapat melihat pelbagai jenis tanda-tanda zahir dan tanda-tanda batin. penyakit-penyakit yang merebak di seluruh dunia telah menimbulkan pelbagai jenis ubat untuk merawatnya. Namun harus diingat bahawa penyakit hati jika tidak dirawat, lebih bahaya kesannya kepada dunia daripada penyakit fizikal. Penyakit hati jika tidak dibersihkan, maka timbulkan pelbagai jenis kerosakan di dunia termasuk yang tidak bersalah. Untuk merawatnya, ubat dan doktor yang betul perlu dicari bagi memastikan penyakit hati tidak merebak ke kawasan lain. Jika merebak, kekecohan akan berlaku tidak kira dan akan mengundang seribu keresahan kepada lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan