Isnin, 3 November 2014

Ya Allah …
Izinkan aku jatuh cinta pada orang yang tepat, di waktu yang tepat … Kerana hatiku cuma satu, hanya kepada dia yang halal buatku …

Seandainya …

Seandainya waktu dapat kuundurkan kembali.. Banyak hal yg ingin aku perbaiki.. Seandainya waktu dapat berhenti sejenak.. pasti banyak hal yg harus aku perbetulkan.. Seandainya waktu berjalan lambat.. mungkin aku masih kecil hinggakan tak perlu memikirkan erti hidup lebih mendalam dan merasakan semua kepedihan ini.. tetapi sayangnya, waktu begitu cepat berlalu dan menuntunku untuk menjadi lebih dewasa.. hinggakan aku dapat belajar, bahawa aku pasti boleh tersenyum disaat pedih di hati.. itu merupakan anugerah pendewasaan yg luar biasa..

TANPA "DIA" aku BUKAN siapa2,
TANPA "DIA" aku TAK PUNYA apa2,
TANPA "DIA" aku TAK TAU apa2,
TANPA "DIA" aku TAK BISA berbuat apa2 …

Oleh Sebab itu aku SERTAkan "DIA" dalam setiap langkah hidupku agar hidup ini mempunyai MAKNA …

menyendiri … Disaat ini …

“Mengenalimu itu sesuatu yg indah dan tidak pernah terfikir akan melewati masa yg panjang, berliku dan rumit … Kebahagiaan dan kesakitan telah melengkapkan cerita kita, namun sesuatu yg masih lagi ku kenang disaat ini dan entah akan hilang dan tak berbekas sampai bila, biarlah waktu yg berjalan akan menjawabnya … "

Perindu cinta Allah …

"KEYAKINAN KEPADA ALLAH ADALAH IBARAT AIR KEDAMAIAN YANG TIDAK PERNAH KERING MENJADIKAN SEORANG MUSLIM TETAP kuat  DISAAT ORANG LAIN lemah & TETAP TENANG DISAAT ORANG LAIN KETAKUTAN.."

BIAR REBAH JANGAN BERUBAH, BIAR TERBUANG TERUSKANLAH BERJUANG...

Ahad, 2 November 2014

Tersenyum & terus tersenyum..

Dalam kehidupan kita sehari-hari. Pelbagai dugaan onak dan duri yang kita tempuhi. Kadang-kadang kita tersungkur dan rebah. kadang-kadang kita terduduk dan kadang-kadang kita tidak mampu berdiri lagi.  Tapi ingatlah dan bersangka baiklah pada Allah s.w.t dimana Allah mendugamu bukan kerana dia ingin menyusahkan dirimu tetapi dia ingin mengetuk  hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya. :-)

Alhamdulilah, aku juga bersyukur kerana Allah telah mengujiku dengan sedikit rasa kegusaran, keresahan dan kesedihan. Tapi, aku yakin semua yang berlalu pada hari-hari lepas sebab Allah nak pesan, kalau buat sesuatu buat berhati-hati dan teliti. Indah kan, ujian ini. Mula-mula kita rasa sakit, tapi kalau kita fikir dari sudut yang positif kita akan mendapat jawapan yang positif juga. *________*Saya ingin mencari kekuatan dalam kelemahan. Dengan itu, saya masukkan puisi yang dihasilkan oleh seseorang yang teristimewa buat diri saya sendiri agar tidak terus lemah, tapi terus bangkit dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.

Saat kita menempuh onak duri dunia,
Derita sekali sekala mencuit hati,
Hati yang remuk menagis tanpa henti,
Kesedihan terus menerus bersemadi di dalam hati,
Ketika itu,
sabar sudah tidak dikenali lagi,
Dalam terharu.....air mata tertumpah jua,

Wahai hamba Ilahi,
Begitulah kehidupan di dunia,
Kita tidak sesekali dapat menjangka..
apa yang Allah aturkan untuk kita,
Adakalanya kita rasa sangat gembira,
Adakalanya kita terasa sangat kecewa,

Namun.....jangan risau manusia..
Allah itu Tuhan kita,
Allah yang maha luas Kasih SayangNya,
Percayalah..Allah tidak menduga hambaNya,
kecuali untuk melihat hambaNya..
Tersenyum disana...
tertawa di sana..
berbahagia di sana...
InsyaAllah di syurga..
Yang mengalir di bawahnya..
sungai-sungai yang mendamaikan jiwa,

Oh..Indahnya......

Wahai hamba Allah,
Jangan bersedih,
kerana anda telah melalui kesedihan  itu kemarin dan ia sebarang tidak memberi manafaat sedikit pun pada keesokan harinya.
kesedihan demi kesedihan,
bakal membuatkan anda semakin terperuk dalam keputusan dunia...
yang luas dirasakan sempit dan tidak berguna lagi.

Padahal,
dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah unruk kita raihkan syurganya yang sangat indah serta bebas daripada rasa kesedihangara-gara kesedihan.....

Air yang manis dirasakan pahitmakanan yang lazat terasa hambarbunga mekar yang mekar kembang mewangi kembali layu.

Ingatlah tangisan terindah itu,
apabila butor-butir air mata jatuh hangat di pipi lantaran terasa diri kita bergitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya diri kita di sisi Allah

Wahai hamba Allah,
Lihatlah di sisi kamu dan teguhkan pendirianmu,
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asasenyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan..
simpan...
jadikan TAULADAN segala yang kau pandang dan dengar simpan buat perdoman..

Buat diri ini ... kekalkan senyumanmu....

What is the meaning of love??

Cinta amat mahal tafsirannya,
Itulah yang difitrahkan oleh Allah kepada hambaNya,
Cinta hanya tertulis pada perkataan,
Tetapi seringkali gagal dilihat pada zahirnya,
Kerana cinta itu tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya..

Ingat pada yang satu,
Jujur pada yang kasih,
Kasih pada yang rindu,
Rindulah pada yang menyayangimu..

Cinta tak akan datang tanpa dicari,
Cinta juga tidak akan dapat jika tiada siapa yang memberi,
Tapi mencari biarlah pada yang sudi,
Bukan meminta pada yang simpati.. 

point utama cinta tetap sama,
kesetiaan dan niat untuk membahagiakan orang lain, 
niat untuk memberikan  kenyamanan untuk orang lain,
walaupun kadang-kadang nampak mustahil,
tapi akhirnya dilakukan juga! Itulah cinta..

liFe IsN't AbOuT FiNdInG yOuRsElF,LiFe iS AbOuT cReAtInG…

Jika teringat tentang dirimu, berlinang air mataku..
ku rindu saat-saat bersamamu kasihhh....

Kau pelengkap hidupku..

Pertama kali,
aku memandang wajah mu,
Aku telah jatuh hati,
buat pertama kalinya di dalam hidup ku,
AKu cuba untuk menggenali,
diri  mu satu persatu,
Agar aku dapat memahami mu..
Setelah sekian lama kita berteman,
aku katakan aku cinta pd mu,
Ttpi kau tdk mngatakan apa2,
Berminggu2 aku menunggu jawapan dari mu..
Tetapi sekarang,
betapa gembiranya diri Ku,
Hanya tuhan sahaja yg tahu.. 

Luahan..

Bismillah...

Salam pembuka bicara kepada semua pembaca blog. Sesungguhnya aku ini tiada daya dan upaya untuk melakukan apa-apa tanpa kehendak dan kemahuan kecuali dengan izin-Nya. Sesungguhnya apa yang terpancar di depan mata zahir ini hanya sekelumit ilmu yang telah Allah curahkan kepada hamba-Nya sebagai tanda penyaksian kebesaran Tuhan yang Maha Esa.

Segala dugaan yang Kau zahirkan di atas dunia ini menandakan betapa Maha Kuasa sahaja yang berhak untuk disembah dan dipuji. Tiada mahkluk walau sebesar mana pun layak untuk menerima pujian. Sesungguhnya aku bersyukur di atas segala nikmat yang tidak terkira banyaknya dianugerahkan kepada diriku, hamba-Mu ini begitu kerdil, malahan tidak wujud disisi-Mu. Ada Kamu, ada-lah dunia ini.

Sesungguhnya sekelumit pancaran cahaya dari-Mu sudah memberi seribu rahmat kepada seluruh alam. Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Agung. Ku berserah kepada-Mu agar diri ini, dan semua sekalian hamba di dunia terus menerus menerima rahmat dan rahim dari-Mu. Sesungguhnya sejuta penyesalan jika tidak mengenali diri-Mu, sejuta kerugian jika tidak mengenali-Mu, sejuta tangisan jika tidak mengenali-Mu.

Kalimah-Mu yang teragung sebagai saksi kebesaran, sebagai tanda penzahiran kepada semua makhluk di dunia ini. Laailaahaillallaah, Muhammudarasulullah.

Di dalam dunia ini, Tuhan memberi pelbagai tanda-tanda kepada kita agar kita tidak tergelincir daripada landasan sebenar. Namun, sebagai hamba-Nya, kita hanya mampu melihat sedikit tanda kerana kita tidak memandangnya dengan mata hati yang sangat jelas. Mata hati perlulah dibersihkan terlebih dahulu bagi memastikan kita dapat melihat pelbagai jenis tanda-tanda zahir dan tanda-tanda batin. penyakit-penyakit yang merebak di seluruh dunia telah menimbulkan pelbagai jenis ubat untuk merawatnya. Namun harus diingat bahawa penyakit hati jika tidak dirawat, lebih bahaya kesannya kepada dunia daripada penyakit fizikal. Penyakit hati jika tidak dibersihkan, maka timbulkan pelbagai jenis kerosakan di dunia termasuk yang tidak bersalah. Untuk merawatnya, ubat dan doktor yang betul perlu dicari bagi memastikan penyakit hati tidak merebak ke kawasan lain. Jika merebak, kekecohan akan berlaku tidak kira dan akan mengundang seribu keresahan kepada lain-lain.